Hari ni dah 4 Ramadhan, mcm mane puasa kita?? Hem hari ni kami sekeluarga berbuka dgn mee goreng, tepung pelita, popia goreng dan air tebu. Alhamdulillah!!
Tarawih....Allah, sejak2 dh ada anak ni tenggelam timbul tarawih..teringat masa zaman anak dara selalu pergi surau solat tarawih dgn mak.Semangat betul..nak nak bila baca kt buku agama apa kelebihan tarawih malam tu..huh, x ikhlas kah aku huhu...
Apa pun itu lah tujuan nye..supaya kita kejar ganjaran yg Allah janjikan, tp kene lah disertai dgn keikhlasan dan dgn niat kerana Allah...
Kelebihan Solat Terawih pd 10 malam pertama.
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
*Sumber dr darulnuman.com
Saturday, August 14, 2010
Thursday, August 12, 2010
Tergoda x??

Siapa peminat durian..tergoda x?? Isi kuning ada, putih ada..
Hujung bulan lepas balik kg, dh blk kg tu wajib cari durian. Kt kg murah2 je. Kalau beli dgn jiran2 rm 20 je dah blh dpt 7,8 biji durian. Segar dr pokok lagi.Maksud nyer buah yang baru jatuh la hehe bukan yg dh 2,3 hari jatuh.
Dah ada durian berkesempatan la pulak makan dgn pulut n santan. Nyum nyum....

rasanyer org utara je yg makan macam ni. Lain pulak dgn arwah nenek,dia lebih suka makan durian dgn nasi dan air garam je tau..
Emm ni pulak menu berbuka semalam, simple je..maklum kalut dgn anak2.

Puding roti dgn kuih ketayap.
/
Tuesday, August 10, 2010
Marhaban Ya Ramadhan.
Salam Ramadhan utk semua, selamat menjalani ibadah puasa, semoga kita diberkati dgn rahmatNya.
Antara fadhilat berpuasa.......
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
*Sumber dr darulnuqman.com

Saturday, August 7, 2010
Aku minta pd Tuhan...
Aku minta pada Tuhan..
setangkai bunga segar
Tapi Dia berikan aku kaktus berduri
Aku minta pada Tuhan seekor kupu-kupu
Tapi Dia berikan aku ulat berbulu
Aku sedih dan kecewa
Namun kemudian...
Kaktus itu berbunga indah..
Indah sekali
Dan ulat itu menjadi seekor kupu2..
yang amat cantik
Itulah jalan Tuhan...indah pada MASANYA!
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan
Tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan
Kadang2 kita sedih, terluka
Tapi jauh di atas segalanya..
Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..."
*Sekadar renungan...

Wednesday, August 4, 2010
Aina kalau pergi...
Monday, August 2, 2010
Sayang Adik

Gelagat Aina dgn adik. So far Aina sayang adik.
Ada sikap jealous bila mama dan abah bg perhatian pd adik tp setakat ni aina x zahirkan rasa jealous tu dgn cara pukul adik.
Harap2 Aina jd kakak yg baik ok. Ikut plan rasa-rasa... 2 org ni je anak mama n abah.
Tp klu tmbh lg itu bonus but for now Aina n adik je pn dh cukup utk menceriakan hidup mama n abah.
Subscribe to:
Posts (Atom)