Followers

Monday, October 18, 2010

Hari ini

Hari ni..1st day aku kerja semula after setahun jadi suri rumah..hemmm..byk benda nak kene adjust semula...anak2 nak kene hantar kt bbysitter, itu yg paling payah. hati seorg ibu ni risau macam2. Aina pagi2 masa nk pergi rmh ibu tu ok je..bila mama nk gerak je dia nangis nak ikut mama..adoi la..payah sungguh nak tinggal..tp keras kan hati la juga. baru kejap td call bbysitter tu tanya anak2 mcm mana. Kata nya ok. Aina nangis pn kejap je. Lega dengar.

Adik plak baru 5 bln, ok la masa nk tinggal tu tp hati mama yg dok terfikir2..kesian adik..selama 5 bln ni asyik berkepit dgn mama je, bgn tido buka mata mama..hari ni dgn org plak. mama 1 hari x de, mesti dia tercari2...itu fikiran mama la.

Harap2 diaorg seronok la duduk kt rmh ibu dgn ayah tu..

Thursday, October 14, 2010

Penat dn Dugaan

Hemm lama juga x post apa2..Alhamdulillah dah selesai berpindah. Dah 2 minggu kt tmpt baru ni..tp rmh masih bersepah lg..ada 3,4 kotak lg yg belum dibuka..x tau la bila nk settle. minggu depan dah nk start keje pulak..

Hem..pindah rmh mmg letih, kene pulak kami berdua je yg buat keje. mak abah n adik2 aku ada dtg sini. mula nye mmg niat nk tolong tp nk jadi cerita adik lelaki kedua aku sakit. hr sabtu 25hb dia dtg sini ptg tu jg bw ke hospital sg buloh..mlm tu jg masuk wad..Jangkitan kulat dlm otak. Sbnrnya penyakit tu dh di kesan setahun yg lalu but x bahaya sgt. tp dia perlu bergantung dgn ubat sentiasa. rupa nyer 2,3 bln kebelakangan ni dia abaikan ubat, kulat tu dh mrebak so berkg di hospital je la..

3 hari pertama keadaan dia kritikal sampai doc psg alat bantuan pernafasan dh..takdir tuhan, pnjg umur dia lg..seminggu lps tu dia makin stabil dn dh boleh bernafas sendiri. Mak mmg tido kt hospital..aku n abah dok ulang la hari2. heret sama budak berdua tu. But sekarang ni dah transfer balik ke hospital taiping. hampir 2 mggu kt sg buloh. Alhamdulillah keadaan dia makin sihat tapi sistem pertuturan dn memori dia terjejas. Wlu pn dia msh ada dgn kami tp sbnrnyer dia yg dulu dh x ade..perangai dh mcm budak2, ingatan mcm org tua nyanyuk..kami sekeluarga redha je la ujian tuhan ni..

ok la..rmh nak kene terus berkemas, hara2 by this weekend semua settle..baru la senang hati nk mula keje..jom kemas kemas...

Tuesday, September 21, 2010

After raya

Kita masih lg di bulan syawal, alhamdulillah hari raya disambut sempurna. Tahun ni kami sambut aidilfitri di Kemunting perak. 5 hari beraya, hari ke 5 dh balik ke shah alam..Alhamdulillah jalan raya clear.

Balik shah alam, dh x de mood raya..wlu pun open house sana sini sbb nyer...kene fikir pasal pack barang pulak...Alhamdulillah kunci rumah yg kami beli dh dpt so hujung bulan ni nk pindah..Alahaiii brg byk ni mcm x tau plak nk kemas, pegang tu x kene, pegang ni x kene..dh la kene buat sorg2..dgn baby lg..dh seminggu baru separuh brg yg dh di kemas..hemmm leceh nyer pindah...baru lg kami pindah, blm sampai setahun..insyaAllah kali ni yg terakhir dh..rmh sendiri so x kemana dh kot.

x sabar nk tunggu rombongan dr kampung ahad ni..blh tolong2 apa yg patut hehe..opah, wan,acik,alang, mummy n daddy...ringan2kan lh tulang anda ye...
so minggu ni minggu yg amat sibuk.blog pun mgkn akan bersawang la sikit huhu..

Wednesday, September 8, 2010

Aina 3y

.....................................................................................

Celebrate sederhana sahaja. Mama teringin nak buat kek utk aina pn x kesampaian sbb adik selsema. Asyik merengek je.So ini je la yg abah buat, just beli kek n hadiah utk aina. x pe la aina, next year IinsyaAllah birthday aina jatuh pd bln syawal dh. Kita buat majlis skit ye. Tahun depan aina dh nak sekolah so sure lagi ramai kawan kan..meriah la sikit.
Happy Birthday Aina..mama, abah n adik sayang Aina.

Lagi gambar utk kenangan....




Malam ni kami sekeluarga nak balik kampung, kemunting, perak. So Selamat hari raya pd semua kawan kawan. Maafkan lah kalau ada terkasar bahasa, tersalah laku. SEmoga Aidilfitri nanti memberi kegembiraan utk kita semua.
Selamat balik kampung semua, hati2 dalam perjalanan.

Monday, September 6, 2010

Happy Birthday!!

Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Aina..
Happy Birthday to you..

Hari ni genap Aina 3 tahun..

Nanti mama cerita lg, adik selsema..asyik merengek jer. Berjangkit dr kakak.
Selamat Hari Lahir Aina..

Friday, September 3, 2010

Takziah....

Hari ni 26 Ramadhan...lagi 6 hari je lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Entah dapat ke tidak kita bertemu dgn Ramadhan lagi...........

Semalam arwah tok su Faridah, nenek saudara aku telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Keramat. Arwah tok su menghebuskan nafas nya yg terakhir pd 1 september, 24 ramadhan. Uhh sedih sbb tok su rapat dgn kami sekeluarga. Masa kenduri kawin aku sebulan dia tggl kt rmh aku tolong2 apa patut. Syawal thn ni pasti terkenangkan keramahan dia...Al-Fatihah utk tok su...

Teringat tahun lepas..pun sama aku kehilangan 2 ahli keluarga dibulan Ramadhan & Syawal. Arwah pak long, abg kepada mak aku meninggal pd 30 Ramadhan. Selang 6 hari nenek aku pulak, mak kpd arwah pak long dan mak aku, meninggal pd 6 syawal. Mmg suram suasana syawal thn lps.

Ajal dan maut x siapa yg tahu, entah esok, lusa, 2 bln lg, 5 bln lg,1thn lg kita plak yg akan dijemput.Harap2 kita sudah menfaatkan Ramadhan kali ini sebaik yg mampu. Siapa tahu mungkin ini Ramadhan terakhir kita...

Takziah dr aku sekeluarga utk anak2 arwah tok su Faridah.

Sunday, August 29, 2010

Akhirnya!!


Aina Nur Insyirah..akhirnya Diapers Free!!
Mungkin agak lewat sebab mama x train aina betul2...mama just ikut mood aina. klu nak pakai diapers pakai..klu x nak x payah pakai..tp masuk je bulan ogos ni mama cuba x bagi aina pakai diapers langsung bila kt rumah..sebab nye september ni aina genap 3 tahun.
Masa awal2 bulan dulu bila keluar still pakai jg lg sbb takut aina terbabas. lps tu mama cuba bawa aina keluar tanpa diapers tp usung beg besar la huhu..penuh keperluan incase aina terbabas. Alhamdulillah lps 3,4x aina dh blh control.Blh bg tau mama bila nk ke toilet. tido mlm pn ada sekali je aina terbabas. Opah kata biasa la budak2 umur mcm ni..hemm ok la tu...
So bila dah hampir sebulan pakai lesen "L" sekarang aina dh tukar lesen "P".Yeeee!!Paling penting aina diapers free sebelum birthday dia yg ke 3...Alhamdulillah!!
Sayang Aina....

Thursday, August 26, 2010

Aina wat keje..

Ohhhh aina...sekarang ni kalau aina senyap je mama mesti kene panggil or cari and cek apa dia buat. Macam 2 hari lepas..mama tidokan adik dalam bilik..kakak senyap je.
Bila panggil and tanya buat apa..aina jawab "aina wat keje ni"
Tengok2 bersepah beras atas lantai. Mmg btl2 buat keje. Geram juga la mama.Sebakul jg la mama bebel...then pandai pulak aina ambik penyapu n try sapu beras yg dh sepah tu..ayat dia "ye laaah aina kemas la ni" sejuk jg hati mama tp menten muka marah.
Jadi le wlu pn x sekemas mana..


Tuesday, August 24, 2010

Adik Fly...



Kisahnya, hari khamis minggu lps...mcm biasa mama menguruskan anak2. That time adik poo poo so lps mama salin CD adik terus la mama nk basuh CD tu. Minta tolong kakak tengok2 kan adik..tiba2 kakak jerit "mama adik fly" terkejut mama..masa tu x dpt tangkap lg maksud kakak. tengok2 adik dah meniarap. Patut la kakak kata fly sbb masa cousin diaorg, aqil meniarap..kakak tanya aqil buat apa tu.. mama kata aqil fly..hehe
Itu la 1st time adik meniarap, sblm ni ada jg dia cuba2 nk mengiring. Sempat mam snap gmbr sblm aisy merengek x nk meniarap dah..untuk kenangan..

Friday, August 20, 2010

Aina...aina!!

Adik melaram pakai topi...sape yg pakaikan ni?? kakak la.

Abah balik keje je terus suruh abah ambik gambar dia dgn adik pakai topi. Dia pakai topi abah..

Perasan x apa yg lain nyer dgn aina....mulut aina hijau hehehe..konon lipstik tp rupanye dia conteng dgn magic colour. entah la org pggl apa tp mama pggl magic colour.

Hem aina...aina..2 hr br hilang. cdg nk kluar mlm tu trs x jd hehhe..

Monday, August 16, 2010

Aisy 3M




Hari ni Aisy dah pun masuk 3 bulan..sekejap je rasanye.
Malam ni baru nk pi klinik utk imunisasi 3 bln, nk pegi mlm sbb abah x nak ambik cuti bulan ni.
Diusia 3 bln...aisy dh tau nk mengarah org. Asyik nk berdiri je. klu bg dia berdiri uhh senyum lebor n klu dh ngantuk nk di dukung dulu. Baring x nk langsung. Letih mama layan tau.X pe tu tanda mama sayang anak2 mama.

Mcm mana la org boleh sanggup buang baby mcm dlm berita sejak akhir2 ni. Sampai hati pulak tu. Heran..x kan x de rasa sayang sikit pun, nak nak bila tengok muka baby yg bersih tu. Penat2 bw perut, penat2 tahan sakit bersalin last2 buang mcm tu je. Betul2 x berperikemanusiaan. Buat masalah pandai nk settle masalah x pandai pulak.
Klu pn ada masalah cari la jalan lain, bukan jalan mudah dgn buang je baby tu.Betul x? hemm dunia akhir zaman.

Sunday, August 15, 2010

Kek Abah

Bila abah nk cuba buat kek..........haaaaa tengok la apa dh jadi hehe!!



Rupa je x cantik abah tp rasanyer ok..letak dalam peti ais lagi sedap. Moist gitu!!
Nanti try lagi ye..

Saturday, August 14, 2010

Kelebihan Tarawih

Hari ni dah 4 Ramadhan, mcm mane puasa kita?? Hem hari ni kami sekeluarga berbuka dgn mee goreng, tepung pelita, popia goreng dan air tebu. Alhamdulillah!!
Tarawih....Allah, sejak2 dh ada anak ni tenggelam timbul tarawih..teringat masa zaman anak dara selalu pergi surau solat tarawih dgn mak.Semangat betul..nak nak bila baca kt buku agama apa kelebihan tarawih malam tu..huh, x ikhlas kah aku huhu...

Apa pun itu lah tujuan nye..supaya kita kejar ganjaran yg Allah janjikan, tp kene lah disertai dgn keikhlasan dan dgn niat kerana Allah...

Kelebihan Solat Terawih pd 10 malam pertama.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.



*Sumber dr darulnuman.com

Thursday, August 12, 2010

Tergoda x??





Siapa peminat durian..tergoda x?? Isi kuning ada, putih ada..
Hujung bulan lepas balik kg, dh blk kg tu wajib cari durian. Kt kg murah2 je. Kalau beli dgn jiran2 rm 20 je dah blh dpt 7,8 biji durian. Segar dr pokok lagi.Maksud nyer buah yang baru jatuh la hehe bukan yg dh 2,3 hari jatuh.

Dah ada durian berkesempatan la pulak makan dgn pulut n santan. Nyum nyum....

rasanyer org utara je yg makan macam ni. Lain pulak dgn arwah nenek,dia lebih suka makan durian dgn nasi dan air garam je tau..

Emm ni pulak menu berbuka semalam, simple je..maklum kalut dgn anak2.

Puding roti dgn kuih ketayap.

/

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan.

Salam Ramadhan utk semua, selamat menjalani ibadah puasa, semoga kita diberkati dgn rahmatNya.

Antara fadhilat berpuasa.......

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

*Sumber dr darulnuqman.com

Saturday, August 7, 2010

Aku minta pd Tuhan...

Aku minta pada Tuhan..
setangkai bunga segar
Tapi Dia berikan aku kaktus berduri
Aku minta pada Tuhan seekor kupu-kupu
Tapi Dia berikan aku ulat berbulu

Aku sedih dan kecewa

Namun kemudian...
Kaktus itu berbunga indah..
Indah sekali

Dan ulat itu menjadi seekor kupu2..
yang amat cantik

Itulah jalan Tuhan...indah pada MASANYA!

Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan
Tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan
Kadang2 kita sedih, terluka

Tapi jauh di atas segalanya..
Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..."

*Sekadar renungan...

Wednesday, August 4, 2010

Aina kalau pergi...

Tempat2 favourite Aina....dah start main x reti nk stop. Sorang blh la abah layan, sikecik aisy tu dh besar nnt bankrupppp..

Aina klu pegi giant kt damansara...


Aina klu pegi Jusco Klang...


Aina klu pegi Tesco Extra shah alam..

Monday, August 2, 2010

Sayang Adik



Gelagat Aina dgn adik. So far Aina sayang adik.
Ada sikap jealous bila mama dan abah bg perhatian pd adik tp setakat ni aina x zahirkan rasa jealous tu dgn cara pukul adik.
Harap2 Aina jd kakak yg baik ok. Ikut plan rasa-rasa... 2 org ni je anak mama n abah.
Tp klu tmbh lg itu bonus but for now Aina n adik je pn dh cukup utk menceriakan hidup mama n abah.

Wednesday, July 28, 2010

Jalan2 Hujung minggu..




Dh lama x ke Putrajaya...Sempena Floria '10 abah bw aina jalan2 tengok bunga..Cantik cantik betul. Yg digubah jd spongebob, mickey mouse pn ada..mama minat gak tanam pokok bunga. Apartment lama dulu ada gak tanam pokok keladi merah n 2,3 jenis lg..dh pindah sini habis semua mati..kes malas nk kluar rumah siram...x privacy la kt sini..Nnt la bila dh pindah rumah sendiri nnt mama tanam semula. X sabar nk pindah..

Aina..u'r picture..........mcm2 gaya!




Tuesday, July 20, 2010

Minat Baru !!



Cupcake..yum yum...
Skrg minat baking plak..terutama cake decoration. Design cacamarba sbb sy budak baru belajar.
So kene praktis selalu. Kene cari n belajar byk lg ilmu.
Mak dh tempah utk raya ni nk buat buah tgn bila pi ziarah sedara nnt..Thanks for ur support mak, luv u!!
Aina...ur birthday cake tahun ni mama buat cantik2 ok..

Monday, July 19, 2010

I-CITY, seksyen 7





Last week me n family pegi I-City, tarikan baru kt shah alam..
ni second time pi jalan2 kt situ..1st time masa baru2 buka dulu. parking percuma lg masa tu..kali ni msk dh kene bayar rm1, ingatkan hari berkerja x ramai org tapi ramaiii jg..kawasan yg dihias pokok2 lampu semakin byk..siap ada patung dinasour, harimau n kuda lg..

Seronok Aina sbb dh lama jg x kluar mlm..Aisy 1st time kluar mlm..eh slh ayat..1st time mama bw kluar mlm..klu tau dek opah ni sure bising..ingatkan aku je bw baby kecik mlm2 rupa nyer ramai lg..lg kecik drpd aisy pn ada..

Ok la utk jln2 seronok2 dgn family..Nnt kita pegi lg ye Aina..

Thursday, July 15, 2010

Jom tgk gambar..


Aina n Aisy


Aina make up.....................................Anak2 dara mama


Sepupu mama


Aina n Awan (wan) aina je pggl awan


Aisy n Aqil..beza umur 2 bln je..masa ni aisy 1mth aqil 3mth

Flash Back 2




Aisy cukur rambut lambat sgt..masa umur 29hari baru cukur..tu pun sbb dh balik kg semula utk pegi majlis kawin sepupu mama..mula mama berat jg nk cukur sbb dh lmbt..nnt raya Aisy x de rambut...tp yelah..perkara sunat kan..lbh baik buat.
Tp rambut Aisy cpt tumbuh...skrg ni baru sebulan rambut Aisy dh pnjg 1 inci..Tp bahagian ats je la..belakang makn bantal jg..x pe janji raya ada rambut..Kakak dulu cukur masa umur 11 hr..3 bulan rambut tumbuh sikit..setompok2 hehe..


Aisy sebelum cukur rambut..semua org ckp mcm boboy hehe..

Flash Back 1

Mama, Aisy n Aina balik kg after seminggu bersalin...sbb Abah x cuti penuh..everyday ambik halfday je yg boleh..hemm nk buat camane kan..Hajat dihati nk duk lama kt kg tpseminggu kt kg juandice Aisy tinggi sgt bacaan nyer..6 hr ulang alik ke klinik kt kg..A last genap seminngu kt kg Abah bw balik ke Shah Alam semula sbb nk bw Aisy jumpa pakar..kt kg Dr ckp nk rujuk pakar sbb takut ada mslh hati tp dh 6hr x rujuk2 jg..asyik bertukar Dr je mcm mane..

Hari Sabtu blk s.alam ahad terus pi UMRA, Dr srh admit utk buat check up menyeluruh..Pasrah je la...tp petang tu Aisy dh blh balik sbb bacaan juandice dh x tinggi...Alhamdulillah, tp Dr dh ambil darah utk buat test. 3 hari lps tu Dr call minta dtg klinik..huh berdebar jg...Tp Alhamdulillah dr test yg dibuat hati Aisy x de mslh, tp disbbkan juandice Aisy berpanjangan Dr ambil plak sample air kencing Aisy..Ahh br je lega dh risau plak...4 hr lps tu Dr call bg tau yg air kencing pun x de ape2 mlsh...x de jangkitan..so sbb knp juandice berpanjangan adalah hormon yg ada dlm susu ibu..ubat nyer pn susu ibu..hem camane tu...tp Dr dh ckp x perlu risau..trskan bf baby...Alhamdulillh...

Yg sedih nyer berpantang kali ni mmg mama mengelat sgt..seminggu yg pertama..dh la x bertungku..aftif plak bergerak..yelah nk lyn karenah Aina lg..Seminggu kt kg tu je la bertungku n berurut..dh balik s.alam semula bertungku sesekali je..semangat bw balik besi tungku tp dh sibuk ni x de la hari2...

Kakak Aina dulu 50hr pertama tu opah yg jaga...50 hr pertama tu x sekali pun mama mandikan kakak..bertungku 2x sehari...1 sessi tu 2 batu tungku..Aiys hr ke3 mama dh mandikan sendiri..means hr ke3 dh main air. Alhamdulillah x jd ape2 mslh...kali ni opah x blh nk jaga sepenuhnyer sbb kene jaga Aqil anak Acu..X pelh nk buat camne...apa2 pn Aisy dh pn 2bln...insyaAllah mama jaga Aisy sebaik mgkn guna pengalamn tgk opah jaga kaka Aina dulu ye..

Kelahiran Aisy

Sabtu 15 may, ada check up...masa check up tu Dr. cakap baby dh turun but belum masuk laluan. Aku tanya lambat lg ke? Dr ckp x pe..ada lg 10 hari kan..tp anak kedua dan seterusnye x tentu sgt, any time je blh masuk. Aku frust la jg time tu sbb rasa cam nk cpt2 je bersalin..
Balik dr check up aku round Tesco Extra sampai sakit kaki..dgn harapan cpt skit bersalin hehe..

Esok nyer start pkl 10 pg perut asyik mengeras jer..mula aku x kisah sgt sbb mmg selalu mc tu tp bila dh tgh hari tu konpius jg sbb x henti2..dh jd 5 minit sekali..Tp disebabkan x de ape2 tanda aku layan jer sambil kemas n mop dapur. All out punya kemas..Dlm masa yg sama perasan gak baby kurang gerak tp entah knp aku hold jg niat nk ke klinik. Dlm pkl 3-4 mcm tu sakit makin kuat. tanya husband ape nk buat. Hb srh pi klinik je tp aku nk tunggu lg. Sambil tu rendam akr fatimah n start minum. Lps tu kontraksi tu makin kerap n makin terasa kuat...at last pkl 6 mcm tu baru kluar tanda lendir n darah skit. Baru la aku decide nk pi klinik..hb pun otomatik gelabah..knp tah , masa aina dulu dia relaks jer....terus aku mandi dulu, siapkan bekal aina sbb nk hntr dia ke rmh ex babysitter dia. Pkl 7 mcm tu baru gerak pi klinik lps hb hantr aina dulu.

Tergopoh gapah hb bw keta..kelakar pn ada sampi nk on lampu kecemasan..aku plak yg tenangkan dia. sampai klinik, daftar then tunggu..lama jg sbb mgkn diaorg tgk aku cool je kot. Pd hal aku kontrol cun..yelah ramai plak time tu kontrol je la..sempat jg 2 org patient msk jmpa doc br aku msk..cek bukaan ant 3,4cm..dr ckp maybe tgh mlm..adoi lambat nyer...dr srh tggu kt labour room. Dlm 7.45 msk labour room..berak semua then tggu...

Tik tok tik tok...hemmm lama nyer masa berlalu. And payah sggh nk layan sakit kontraksi dgn berbaring..nk je aku bgn jln2. Tik tok tik tok dh dkt 8.30 br nurse pggl Dr sbb graf ctg tu menunjukan kontraksi dh kerap n kuat. Dr msk n cek bukaan..Dr ckp belum lg sbb baru 7,8cm...huh kene tggu lg..Then Dr nk pecah kan ketuban dulu..1 minit lps Dr ckp mcm tu....terjadi la suasana yg agak panik....

Dr : Ya Allah puan..baby dh berak ni...(baru aku teringat baby 1hr kurang gerak..n ni la bhy nyer) Terus aku panik, terbayang OT room..risau baby..bercampur aduk perasaan
Aku : Ala bang..camane ni..baby dh berak..nnt kene czer..x na czer..
HB : tenang..jgn panik jgn fikir bukan2..fokus sini dulu...
Dr : Puan..ada rasa nk teran x?
Aku: Ada jg sikit2..
Dr: Ok smlm sy ckp berat baby brp?
Aku : Dlm 2.7 ke 2.9 mc tu..
Dr : Ok pn..kalau ada rasa nk teran pn teran je ye..

Beberapa saat lps tu rasa nk teran so teran je..keadan aku mcm mane pun aku x ingat dh..tp dr srh aku relak n ikut dia zikir...
Then teran lg...dgn 3x curi nafas, pkl 8.34 selamat la aisy keluar...alhamdulillah aisy ok..huh suspen..

Dr : Alhamdulillah puan..ni klu puan dtg awal skit ni sy dh srh c zer je ni..tgk ni air ketuban..
(sambil tnjk air ketuban yg dh coklat gelap warna nyer)
Alhamdulillah normal..x terbayang aku klu czer..aku ni penakut...Alhamdulillah jg sbb dgn kesilapan yg aku dh buat, Allah selamatkan baby..Nk tggu tanda punya psl sampai lupa keselamatan baby..


2 jam after..1st susu utk Aisy...... Aina join skali tidur kt UMRA mlm tu.

Flickr

Pages - Menu